Monday 19 June 2017

Kejohanan Catur Terbuka Langkawi 2017

20/6/2017 - Gopeng, Berita baik bagi semua pencatur di Malaysia kerana Kejohanan Catur Terbuka Langkawi telah kembali pada 1 @ 2 Julai 2017 bertempat MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi. Tahun 2017 merupakan edisi kali ke-5 event ini dianjurkan, bermula sejak 2013 lagi. 

Apa yang menarik edisi kali ini, ialah  hadiah yang ditawarkan bagi juara meningkat berbanding edisi lalu iaitu RM 4,000. 😉

Pic : MyAngkasa Resort, Langkawi

Pic : Flyer Kejohanan Catur Antarabangsa Langkawi

Kejohanan ini dianggap kompetitif apabila berjaya menarik minat peserta dari luar Kedah termasuk peserta luar negara iaitu Filipina, India, Singapura dan beberapa pemain ternama dari Malaysia. Kejohanan ini juga merupakan 'National Rated Event'. Paling menarik, ia merupakan kejohanan rapid yang menawarkan hadiah tertinggi di kawasan utara.

TIKET FERI

Untuk yang ingin menaiki feri dari jeti kuala kedah, boleh semak jadual feri di bawah. Harap membantu terutamanya player luar dari Kedah :


Pic : Time Table bagi perjalanan feri ke Langkawi pada tarikh kejohanan

PARKING KERETA

Bagi peserta di luar Kedah,yang ingin mencari parking kereta yang selamat dan boleh dipercayai ada 2 tempat :

                          1. Pekarangan Sek Keb Haji Ismail (staff atau cikgu2 jaga parking)
                          2. Pekarangan Masjid India Kuala Kedah (jemaah masjid jaga)

Sebagai rekod, tournament ini berjaya di menangi oleh warga Filipina sebanyak 3 kali dan 1 kali warga Malaysia.
Berikut merupakan juara Kejohanan Catur Terbuka Langkawi bagi edisi lalu : 


TAHUN
PEMENANG
FEDERATION
2013
Nelson Villanueva
Philippines
2014
IM Oliver Dimakiling
Philippines
2015
IM Oliver Dimakiling
Philippines
2016
Nik Ahmad Farouqi
Malaysia
2017
?
?


Siapakah yang bakal muncul juara bagi edisi kali ke - 5(2017) ini? Sama-sama kita nantikan. Jumpa anda di sana.