Monday 16 September 2013

Keputusan PACU Blitz 2nd Leg : Sungai Petani

16/9/2013 - Medan Selera Taman Ria Jaya, Sungai Petani - Telah berlangsungnya Kejohanan Mini-Blitz PACU 2013 2nd Leg : Sungai Petani. Apa yang mengejutkan kejohanan kali ini begitu banyak berlaku 'upset'. Ramai pemain pilihan mengalami kekalahan memandangkan ini kejohanan blitz. Cuma juara sahaja tidak mengalami kekalahan iaitu saudara Nazli Johardy Johari dengan mencatat 6 kemenangan dan 1 seri.

2nd Leg : Sungai petani kali ini boleh dianggap berjaya kerana berjaya menarik penyertaan sebanyak 31 iaitu melebihi jumlah sasaran(30 orang). Lebih membanggakan ada peserta dari Taiping yang sanggup turut serta. Berikut statistik mengikut kawasan :

Daerah
Jumlah
Alor Setar
8
Sungai Petani
12
Kulim
8
Taiping
2
Perlis
1
JUMLAH
31

Seperti biasa seperti edisi-edisi sebelum ini, kejohanan ini menggunakan kawalan masa 10 minit dan cuma sedikit berbeza apabila pusingan menjadi 7. Starting Ranking disusun mengikut CCR blitz kerana ni kejohanan catur 'CCR Blitz' rated. Berikut merupakan keputusan penuh : 



Di sini saya sertakan beberapa keping gambar sepanjang kejohanan tersebut :

Table sebelum game bermula 

Game bermula tepat pukul 9.15 malam akibat sedikit masalah teknikal

Pemain Kulim vs Pemain Alor Setar

Azudin vs Nazli

"Clash of Titans' iaitu pertarungan 1st seeded vs 2nd Seeded

Pemenangan Cabutan bertuah tajaan Cerdik Catur Enterprise iaitu Alias, Nor Atiqah, Mohd Yasir, Ikhwan

Blitz Master !! merangkap Ketua Arbiter, Nazli Johardy Johari

Gambar Top 4, Zaharin, Azudin dan Amri

Gambar Top 7, Mahathir, Taufiq dan Teoh(tiada dalam gambar)

Gambar Top 10, Syed, Nor Atiqa dan Nazlee


Demikian berakhir sudah Kejohanan Mini-Blitz PACU 2nd Leg : Sungai Petani. Tepat 12.20 tgh malam berakhir majlis penyampaian hadiah. Tahniaah kepada semua peserta dan para pemenang terutama johan kita pada edisi kali ini kerana beliau juga merangkap Ketua Arbiter pada masa yang sama.

Terima kasih kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan kali ini. Insyallah, jika tiada aral melintang jumpa anda lagi 3rd Leg pada masa akan datang. 


P/s : Jangan lupa check CCR blitz anda apabila bulan Oktober nanti :)

Saturday 7 September 2013

Kejohanan Mini Blitz PACU 2013 : 2nd Leg

08/9/2013 - Alor Star, PACU akan menganjurkan Kejohanan Mini Blitz PACU 2013 buat kali kedua dalam tempoh 2 bulan ini. Seperti edisi sebelum ini,'gathering' pemain catur Kedah selalunya diadakan di Restoren Tok Nadok, Alor Star tetapi bagi 2nd Leg, bakal diadakan di Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani.

PACU membuka penyertaan kepada semua peringkat umur. Seperti biasa, kejohanan ini menggunakan Cerdik Catur Rating untuk blitz bagi menyusun starting ranking. Butirannya seperti berikut : 






*TERHAD : Hanya 30 orang peserta sahaja !!!Pendaftaran boleh dibuat dengan SMS kepada Amri Ibni Hajar (013-4231793) atau menerusi akaun Facebook beliau.

Untuk melihat Cerdik Catur Rating(CCR) bagi blitz keluaran September, boleh layari link berikut ---- > CCR Blitz (September)

* Mari meriahkan kejohanan blitz PACU pada kali ini. Diharap lebih ramai peserta dari Kulim, Perlis dan Sg. Petani dapat menyertainya.