Monday 26 November 2012

Peserta Kedah di Kejohanan Catur Karnival Sukan 2012

25 November 2012, Shah Alam – Telah berlangsungnya Kejohanan Catur sempena Karnival Sukan Untuk Semua 2012. Kejohanan ni dilangsungkan di Dewan Raja Muda Aziz, Seksyen 7, Shah Alam. Penyertaannya juga amat memberansangkan kerana hampir 287 orang peserta mengambil bahagian terutamanya dikalangan kanak-kanak. Kejohanan ini dikendalikan oleh CM Mohd Fadli Zakaria iaitu owner Cerdik Catur Enterprise.







Pemenangnya? Puteri Munajjah Az-Zahraa. Amat mengejutkan bagi peminat sukan catur tanah air kerana beliau seorang perempuan yang baru berumur 11 tahun tetapi mampu menewaskan pihak lawan yang jauh lebih berpengalaman darinya.

Tapi yang paling penting ialah penyertaan peserta dari Kedah khususnya yang sanggup menyahut cabaran kejohanan ini walaupun terpaksa datang dari jauh. Tahniah kepada Alias Hanafi kerana berjaya mendapat top 10 dan semua peserta dari Kedah. Berikut adalah final ranking peserta Kedah.  


Rk
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
TB2
TB3
10
Alias Hanafi
KDH
1549
6.5
43.0
33.25
34.0
38
Norazwan Kamaruzaman
KDH
1549
5.5
39.5
25.25
25.0
69
Zulkifli Talib
PP
1464
5.0
35.5
18.00
23.0
83
Muhd Asyraf Akmal Abdul Aziz
PRK
1508
5.0
33.0
18.00
22.0
88
Musthami Shaffie
KDH
1537
5.0
31.0
18.50
23.0
89
Azudin Abdullah
KLT
1574
5.0
30.5
17.50
20.0
91
Muhd Syukor Alamin Zulkifli
KDH
1386
5.0
29.5
15.00
18.0
171
Muhd Zafran Mohd Zaki
KDH
1388
3.5
34.5
11.75
19.5




Suasana pertandingan




Dengan kemenangan adik Puteri Munajjah Al-Zahra ini,akan memberikan motivasi kepada semua player Kedah terutamnya golongan kanak – kanak dan remaja dalam usaha melahirkan pelapis yang hebat dan berkualiti pada  suatu hari nanti.




P/S :  Untuk melihat keputusan penuh, lihat di link berikut ---- > http://chess-results.com/tnr86013.aspx?ix=1&art=1&lan=1&turdet=YES&zeilen=99999 atau lawati stonemaster.info


Sunday 18 November 2012

Tinjauan Wakil PACU ke Venue Kejohanan

Sungai Petani  -  18/11/2012 , tepat pada pukul 3.30 ptg, Syedchess bersama saya(paklong) bertolak dari Alor Star ke Sungai Petani bagi meninjau keadaan dewan bankuet Kolej Komuniti Sungai Petani yang bakal dijadikan venue Kejohanan Catur Terbuka PACU 2012 nanti. Setibanya di sana, kami di sambut mesra oleh wakil kolej tersebut. 




Beliau terus bawa kami terus ke dewan bankuet tersebut. Pada penilaian kami, dewan ini sangat selesa dan cantik keadaanya. Sesuai kepada semua pencatur bertarung dengan dewan yang berhawa dingin di tambah dengan kerusi yang selesa dan lantainya berkarpet baru. Saya sertakan beberapa keping gambar dalam dewan bankuet tersebut. 




Kami menerangkan kepada wakil kolej tersebut tentang susun atur meja ketika kejohanan itu nanti




En. Zaisham merupakan wakil dari Kolej Komuniti Sungai Petani yang bertanggungjawab menyediakan venue yang serba cantik ini. Sekalung tahniah kepada beliau. Tentang penetapan tarikh akan beliau umumkan kepada pihak PACU nanti. 

Difahamkan dewan bankuet ini mampu memuatkan 150 orang dalam satu masa. Ini merupakan hadiah dari pihak PACU kepada semua peminat catur utara yang selama ini bersabar menunggu kejohanan catur anjuran PACU. Hasil perbingcangan dengan wakil Kolej tersebut bersama Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, kami bersepakat untuk memberi hadiah kepada pemenang seperti berikut : 


OPEN
UNDER  - 12 / 15 / 18 / Best Kolej Komuniti
1
RM300 + Hamper + Piala Pusingan
1
Wang Tunai + Cenderahati + Chess Set
2
Wang Tunai  +  Hamper
2
Cenderahati + Chess Set
3
Wang Tunai  +  Hamper
3
Cenderahati + Score Sheet Book
4
Wang Tunai  + Cenderahati
4
Cenderahati
5
Wang Tunai  + Cenderahati
5
Cenderahati
6
Wang Tunai  + Cenderahati

7
Wang Tunai  + Cenderahati

8
Wang Tunai  + Cenderahati

9
Wang Tunai  + Cenderahati

10
Wang Tunai  + Cenderahati

11
Cenderahati

12
Cenderahati

13
Cenderahati

14
Cenderahati

15
Cenderahati



Best Veteran
Cenderahati
Best Wanita
Cenderahati
Best Perempuan U - 12
Cenderahati
Best Perempuan U - 15
Cenderahati
Best Perempuan U - 18
Cenderahati
Best IPT
Cenderahati
Best Guru
Cenderahati



Untuk pengetahuan semua, cenderahati dan hamper merupakan tajaan Kolej Komuniti Sungai Petani. Tarikh cadangan kejohanan telah dipilih sama ada 15, 22, 29 Disember 2012. Sebarang kata putus tentang tarikh kejohanan akan dimaklumkan kemudian dalam masa terdekat ini kerana bagi mengelakkan 'clash' dengan tournament lain.
Lain – lain maklumat berhubung yuran, cara pembayaran, dan hal –hal berkaitan tentang kejohanan ini akan di maklumkan kemudian.



P/S : Terima kasih kepada Syedchess yang bertungkus lumus untuk menganjurkan satu kejohanan catur yang terbaik kepada semua pencatur utara. Berikan sokongan anda kepada pihak PACU dengan ramai - ramai menyertai kejohanan catur yang bakal berlangsung nanti. Terima kasih x3 !!