Saturday 17 August 2013

Keputusan Kejohanan Mini Blitz PACU 2013

17/08/13 - Tebengau, Alor Star, Semalam telah berlangsungnya Kejohanan Mini Blitz PACU 2013 yang diadakan di Restoren Tok Nadok. Seperti dijangka, juara milik saudara Amri Ibni Hajar dari Sungai Petani.

Sambutan blitz kali ini amat memberansangkan berikutan kehadiran ramai peserta luar kawasan Alor Star. Statistik peserta mengikut kawasan :

Daerah
Jumlah
Alor Setar
10
Sungai Petani
6
Kulim
6
Perlis
2
JUMLAH
24

Kejohanan sengaja diadakan pada waktu malam untuk mengekalkan konsep bercatur sambil bersantai. Kejohanan ini menggunakan kawalan masa 10 minit dan di mainkan sebanyak 6 pusingan. Starting Ranking di susun mengikut susunan abjad berikutan kejohanan kali ini menggunakan CCR rating. Memandangkan kesemua peserta belum mempunyai CCR rating, kesemua di beri 'initial rating' sebanyak 1400. Berikut merupakan keputusan penuh dan crosstable bagi kejohanan kali ini.

Full result

Cross-Table

Disini saya sertakan beberapa keping gambar sepanjang kejohanan tersebut.

 Table kejohanan yang di lengkapi lampu meja yang agak menarik

Para peserta menunggu sebelum petarungan bermula

Sambil becatur boleh hisap rokok bertujuan menghalau nyamuk :)

Pertarungan pun bermula

Game Taufiq vs Wan Arif di Board 2 mencuri tumpuan

Kesempatan berehat di gunakan sebaiknya oleh para peserta bagi menghilangkan peluh

Para peserta sabar menanti full result

Pemenang cabutan bertuah mendapat topi tajaan Cerdik Catur, Taufiq Osman, Mahathir, Syukor, Asyraf Akmal, Fazilat Ibrahim

Gambar Top 3, Amri, Taufiq Osman dan Syed Iskandar

Gambar pemenang 5-7, Wan Arif, Norsyafawati,Yasir

Gambar pemenang 8-10, Azudin,Chin Jin, Alias


 Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai



Berakhir sudah Kejohanan Blitz Terbuka PACU 2013 pada kali ini. Tepat jam 11.45 malam, tamat semua majlis penyampaian hadiah. Tahniaah kepada semua para pemenang dan kepada pemain yang kurang bernasib baik, cuba lagi di kejohanan yang mendatang. Terima kasih kepada para peserta yang datang dari jauh (Kulim, Sungai Petani, Perlis) kerana memberi komitmen bagi menjayakan kejohanan ini.

Jika tiada aral melintang, tournament blitz akan mendatang akan diadakan di Sungai Petani dan pastinya CCR rated.


p/s : Jangan lupa check CCR rating blitz anda pada bulan September nanti :)

No comments:

Post a Comment