Friday 14 June 2013

Berjabat Tangan Dalam Catur


Terdapat dua jenis berjabat tangan dalam permainan catur. Pertama, berjabat tangan sebelum permainan bermula iaitu sebelum kedua-dua pemain menekan jam. Kedua ketika selepas jam berhenti di akhir pemainan.

Berjabat tangan di awal pemainan merupakan simbolik bahawa hormat antara satu sama lain sebelum bertempur sesama sendiri. Selain itu ia merupakan salah satu cara menunjukkan rasa hormat dalam pertandingan catur yang berterusan kepada pihak penganjur, penaja, arbiter dan penonton. 

Berjabat tangan di akhir pemainan merupakan keputusan akhir pemainan, sama ada ia adalah salah seorang pemain menang, kalah atau kedua-duanya seri. Ia juga melambangkan bahawa kedua - dua pemain bersetuju dengan keputusan akhir pemainan. 
Ia telah menjadi tradisi yang di terima secara meluas dan diguna pakai hampir kesemua kejohanan catur.
Satu tradisi yang hebat bukan?

Yang pastinya, catur mengajar kita apa itu erti hormat - menghormati, kesabaran dalam melakukan keputusan dan paling penting mangajar kita tentang pengurusan MASA dengan baik.


p/s : Martabatkan sukan catur di Malaysia !!!

No comments:

Post a Comment