Friday 21 June 2013

Game Langkawi Open 2013

21/06/2013 - Alor Star, Baru-baru ini berlangsungnya Kejohanan Catur terbuka Langkawi 2013. Di sini saya sempat mencatit beberapa pusingan sepanjang saya bermain di sana. Analisis yang saya lakukan ini bukanlah menggunakan Fritz12 atau mana-mana software. Ini berdasarkan pandangan kasar saya selepas perlawanan.


Muhd Asyraf Akmal(1489) - Tan Khai Boon(1986)
Round 2

Black sacrifice rook, betul-betul buat saya keliru. Hampir 10 minit fikir untuk move yang seterusnya. Dan akhirnya kalah dengan NM dari Penang.


Muhd Asyraf Akmal (1489) - Roslina Marmono (1638)
Round 3




Pada pusingan ketiga ini, saya bermain buah putih. Apa yang saya lihat, bad move yang dilakukan oleh Roslina Marmono apabila beliau 'castling' sebelah 'queen side' sedangkan position white pawn agak kedepan. 'Blundermove' kedua apabila Roslina Marmono menggerakkan Be2 pada move ke 21.

Amri Ibni Hajar (1808) - Muhd Asyraf Akmal (1489)
Round 4


Pada pusingan keempat, dilangsungkan sebelah malam. Saya dijadualkan menentang rakan senegeri iaitu Amri. Pusingan ini amat mengecewakan saya kerana gagal memberikan saingan sengit kepada Amri. Pada pengamatan saya pada move ke 10, saya perlu gerakkan Nxd5. Apa yang saya dapat simpulkan, opening untuk pusingan ini sememangnya mendukacitakan kerana saya tewas seawal move 22.

Muhd Asyraf Akmal (1489) - Anas Aziz (1601)
Round 5



Pada pusingan ini pula saya mengalami kekalahan ke 3 kerana kesilapan opening. Apabila move ke 9, apabila beliau menggerakkan Bg4 untuk 'pin' Knight saya. Pada move ke 10, saya sepatutnya menggerakkan  h3 bagi menghalang bishop terus pin knight putih. Keadaan bertambah teruk apabila move ke 10, beliau menggerakkan f5.

Mohd Yurid Yob - Muhd Asyraf Akmal (1489)
Round 6


Pada pusingan ini agak menarik apabila saya telah kehilangan 1 piece iaitu Knight. Tetapi 3 'passed pawn' telah membantu saya memenangi pusingan ini. Walaupun kelihatan selesa bagi saya, sebenarnya time saya tinggal lagi 5 minit untuk habis sedangkan pihak lawan masih mempunyai 40 minit.


p/s : Untuk pusingan 1 dan ke 7, notation bg game pusingan berikut telah hilang. Insyallah, akan diupdate dalam masa terdekat :)

No comments:

Post a Comment