Sunday 10 February 2013

Mini-Tournament PACU 2013

11/2/2013 - Alor Star, PACU bakal mengadakan acara tahunannya seperti tahun lepas iaitu 'gathering' pemain catur Kedah sempena Chinese New Year 2013. Tahun lepas telah diadakan di KFC Alor Star.

Tetapi pada tahun ini PACU mendapat idea untuk menganjurkan kejohanan catur dengan konsep yang lebih santai di mana lokasi restoren itu terletak di sebelah tasik dan di kelilingi sawah padi dengan suasana angin yg cukup nyaman.

PACU telah buka penyertaan ini kepada 16 orang (max) peserta jemputan dan jika ada kekosangan tempat, penyertaan akan dibuka kepada orang ramai. Butirannya seperti berikut :



TEMPAT
HADIAH
Johan
Board Chess  + Wang Tunai
Naib Johan
Board Chess + Wang Tunai
Ke 3
Board Chess + Wang Tunai
Ke 4
Chess Score Book
Ke 5
Chess Score Book
Ke 6
Chess Score Book
Ke 7
Chess Score Book
Ke 8
Chess Score Book
Ke 9
Chess Score Book
Ke 10
Chess Score Book

Berikut kami sertakan beberapa keping gambar yang sempat kami ambil semasa lawatan ke restoren ini lewat malam tadi.

Pintu masuk

Kolam Tasik ( Gambar kurang jelas)

Laman utama restoren 

Laman makan bertema pondok(bersila)



Meja tournament berkonsep santai sambil bersila
Chess Board lipat empat untuk Top 3

Di harap dengan penganjuran kali ini dapat mengeratkan silaturrahim antara sama kita terutamanya pemain catur sekitar utara. Dengan ini saya Muhammad Asyraf Akmal dan Syed Iskandar Shah mewakili PACU mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa cina.




P/S : Jumpa di Restoran Tok Nadok nanti. Kali ini kita kenakan sedikit yuran bagi mengelakkan para pemain terlampau santai ketika bermain nanti...hahah


No comments:

Post a Comment