Monday 28 January 2013

Mengenai Chess Title (GM, IM, FM)



Apakah anda paham mengenai ‘Chess Title’ ini? GM? IM? FM?

GM bermaksud untuk Grand Master dan merupakan gelaran tertinggi bagi seorang pemain catur. Title yang lebih bawah ialah IM,iaitu International Master. Paling rendah ialah FM iaitu FIDE Master.


Persoalannya, bagaimana Fide menganugerahkan gelaran ini dan bagaimana kekuatan seseorang pemain catur itu dinilai?

Ok, paling mudah bagi yang belum jelas tentang persoalan ini ialah :
Untuk mendapat gelaran FM, pemain hanya perlu mencecah sampai 2300 atau lebih mata elo. FM merupakan gelaran paling mudah untuk dapat.


Beralih kepada gelaran IM dan GM. Mereka ini dianugerahkan dengan menggunakan prinsip yang sama, tetapi dengan keperluan yang berbeza. Maksudnya di sini, pemain perlu mencapai performance yang sangat baik dalam 3 kejohanan FIDE rated dengan setiap kejohanan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 9 pusingan. 


Seseorang yang menampilkan performance yang baik dalam sesuatu kejohanan, akan diberi ‘IM Norm’ atau ‘GM Norm’. Pemain perlu memenangi beberapa pusingan dan ‘Performance Rating’ akan di nilai. Selain itu, pemain perlu mencapai 2400 elo rating untuk IM, dan 2500 elo rating untuk GM. 


Jika seorang pemain dapat 3 IM Norm dalam 27 pusingan pemainan atau lebih dengan ‘classical time control’  akan di anugerahkan gelaran IM. Begitu juga dengan GM apabila seorang pemain dapat 3 GM Norm dalam 27 pusingan pemainan atau lebih dengan ‘classical time control’ akan dianugerahkan gelaran GM. Setelah diberi, gelaran ini akan kekal sampai bila-bila. 

Tetapi,
Untuk mendapatkan 'GM Norm' perlu mencapai rating performance sekurang-kurangnya 2600++ dalam satu-satu tournament !!!

TITLE
FIDE RATING
Elite/Super Grandmaster 
2700
 Grandmaster (GM)
2500
International Master (IM)
2400
Woman International Grandmaster (WGM), FIDE Master (FM)
2300
Woman International Master (WIM), Candidate Master (CM)
2200
Woman FIDE Master (WFM)
2100
Woman Candidate Master (WCM)
2000

P/S :  Di sini hanya menceritakan bagaimana chess title ini diberi, tapi bagaimana kita hendak mendapatkannya?? Jawapanya, semuanya terletak di tangan anda.  :)
For futher info, visit this website ---> http://chess.geniusprophecy.com/fide-chess-titles.html

No comments:

Post a Comment