Friday 19 October 2012

Brooklyn Castle - In theaters Oct. 19 !!!


Brookyln, New York City - Bagi peminat catur tanah air, jangan ketinggalan menonton filem dokumentari yang mengisahkan pejalanan hidup sekumpulan anak muda yang ingin menjadi pemain catur terbaik.  Walaupun kebanyakkan mereka ini datang dari keluarga susah, tetapi  seramai 5 orang anak muda masih mampu memenangi banyak kejohanan catur di bandar mereka.


Ironinya, cabaran yang paling terbesar terpaksa mereka harungi bukannya di sebabkan pihak lawan mereka kuat, tetapi  di sebabkan pemotongan bajet kepada semua aktiviti kokurikulum di sekolah mereka.
BROOKLYN CASTLE menunjukkan bagaimana catur mampu memberikan inspirasi kepada anak muda ini  dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Jika mereka berjaya menguasai sukan yang paling sukar di dunia ini, apa lagi yang tidak boleh mereka lakukan?? Bagaimana mereka survive ketika mengalami masalah kewangan?


# Mungkin apa yang mereka hadapi di sana, sama sahaja di negara kita. Bakat ada, tetapi modal tidak mencukupi untuk membawa bakat ini ketengah. Sesiapa ada download, bgtau ye..mana tahu dapat inspirasi  nak jadi power dalam catur lepas tengak filem ni... : )




No comments:

Post a Comment