Tuesday 23 October 2012

Latihan Catur !!! - Syedchess


Alor Star, Kedah - Pada 18 hb – 21 hb Oct, pengasas Pusat Akedemi  Catur Utara(PACU),iaitu Syedchess telah dijemput menjadi coach kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kedah/Perlis. Mereka telah dipilih hasil pemilihan dari gabungan semua kolej komuniti sekitar Kedah dan Perlis. 
Mereka ini terpilih bagi mewakili institusi mereka ke sukan SUKIPT 2012 yang akan berlangsung pada 7 Nov – 11 Nov 2012.
Link sukan SUKIPT 2012 : http://sukipt.com.my/


 Pelajar-pelajar giat melakukan latihan yang dikendalikan Syedchess di Dewan Belia Alor Star


Bergambar kenangan besama wakil catur Kolej Komuniti Kedah/Perlis



Selain khimat  latihan catur, PACU juga menyediakan barang jualan berkaitan dengan catur. Sebarang pertanyaan, hubungi terus Syedchess.
Pesanan untuk pasukan catur Kolej Komuniti Kedah/Perlis, Semoga maju jaya, buat yang terbaik !!!

Pihak PACU berharap mereka dapat mempelajari sesuatu sepanjang Syedchess mengendalikan latihan catur ini.


p/s :  Jangan ketinggalan juga Kejohanan Catur anjuran PACU Siri ke 2 yang dijangka diadakan di Sungai Petani. Sebarang maklumat terkini, akan dimaklumkan kemudian.
Untuk mengetahui keputusan Kejohanan Catur Pacu Siri Pertama yang diadakan di SMK Syed Hassan, Perlis,
sila rujuk sini : ---> http://pacucatur.blogspot.com/2012/06/pacu-result.html



No comments:

Post a Comment