Sunday 18 December 2016

Tahniaah Datuk !!!

 YB Datuk Zahidi Zainul Abidin (sumber:google)

18/12/2016 - Tanjung Tualang, sejarah telah tercipta bagi penggiat catur utara tanahair apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin(Parlimen Padang Besar) telah dilantik menjadi Presiden MCF yang terbaru setelah beliau menewaskan Datuk Mohd Nazifuddin Najib dengan kiraan undian 32-23.

Selain jawatan beliau sebagai ahli parlimen, beliau juga menyandang jawatan pengarah RISDA. Pelantikan beliau di umumkan dalam satu majlis AGM yang berlangsung di Dewan Mokhtar Dahari di Hotel Olimpik, Kuala Lumpur.

Hotel Olimpik, Kuala Lumpur (sumber : google)

Berikut merupakan senarai penuh AJK MCF bagi sesi 2016-2018 :

Presiden            : Datul Zahidi Zainul Abidin
Timb. Presiden : Tenku Ahmad Badli Shah Raja Hussin

Naib Presiden   : Dr Zaidan Zulkifli
                            IA Lim Tse Pin
                            Muammar Julkarnain

EXCO               : Nik Ahmad Farouqi
                            Muhammad Firdaus Ismail
                            Zuraiha Mohd Wazir
                            Yeap Joo Hock
                            Cheong Kok Love

Saya(paklong), Syed, Amri dan juga Nazly wakil utara turut menghadiri AGM MCF kali ini.
Setiap wakil delegasi yang telah mendaftar di meja pendaftaran, di beri 2 salinan booklet iaitu Mesyuarat Agung 2016, dan Constitution MCF.


Booklet  tebal untuk dibaca 😄

Apa2 pun, kami mengharapkan dengan barisan kepimpinan ini dapat membawa sinar gemilang bagi dunia catur negara kita. Sekurang-kurangnya, impian agung kita untuk mempunyai GM yang pertama, tercapai kelak. 😊

No comments:

Post a Comment