Tuesday 13 November 2012

Magnus Carlsen Menang Anugerah Lagi !!!





Magnus Carlsen telah memenangi anugerah ‘The Chess Oscar’ buat kali ketiga berturut-turut. ‘The Chess Oscar’ ini diberikan setiap tahun kepada pemain chess terbaik setiap tahun dan pemenangnya di pilih oleh sekumpulan pakar dan Grandmasters dari seluruh dunia. 

Berikut adalah senarai pemenang bermula dari tahun 1967 :



YEAR
PLAYER
YEAR
PLAYER
1967
Larsen, Bent
1987
Kasparov, Garry
1968
Spassky, Boris
1988
Kasparov, Garry
1969
Spassky, Boris
1989-94
no awards
1970
Fischer, Bobby
1995
Kasparov, Garry
1971
Fischer, Bobby
1996
Kasparov, Garry
1972
Fischer, Bobby
1997
Anand, Viswanathan
1973
Karpov, Anatoly
1998
Anand, Viswanathan
1974
Karpov, Anatoly
1999
Kasparov, Garry
1975
Karpov, Anatoly
2000
Kramnik, Vladimir
1976
Karpov, Anatoly
2001
Kasparov, Garry
1977
Karpov, Anatoly
2002
Kasparov, Garry
1978
Korchnoi, Viktor
2003
Anand, Viswanathan
1979
Karpov, Anatoly
2004
Anand, Viswanathan
1980
Karpov, Anatoly
2005
Topalov, Veselin
1981
Karpov, Anatoly
2006
Kramnik, Vladimir
1982
Kasparov, Garry
2007
Anand, Viswanathan
1983
Kasparov, Garry
2008
Anand, Viswanathan
1984
Karpov, Anatoly
2009
Carlsen, Magnus
1985
Kasparov, Garry
2010
Carlsen, Magnus
1986
Kasparov, Garry
2011
Carlsen, Magnus



Kasparov telah memenanginya sebanyak  11 kali. Karpov telah memenangi 9 kali, Anand memenangi  6 kali dan kini Magnus Carlsen mempunyai gelaran ketiga berturut-turut, dan pastinya beliau lebih mempunyai peluang untuk memenangi gelaran buat kali keempat. 


Most wins
Player
Wins
Kasparov, Garry
11
Karpov, Anatoly
9
Anand, Viswanathan
6
Carlsen, Magnus
3
Fischer, Bobby
3
Spassky, Boris
2
Kramnik, Vladimir
2
Larsen, Bent
1
Korchnoi, Viktor
1
Topalov, Veselin
1



Anugerah ini merangkumi patung gangsa bertajuk "The Fascinated Wanderer". Asal usul anugerah ini bermula 1967, apabila sekumpulan wartawan yang di iktiraf oleh Persekutan Catur Dunia pada masa itu telah mengundi Grandmaster terbaik. Anugerah ini diberi saban tahun tanpa sebarang masalah sehingga 1988 dihentikan atas sebab yang tidak diketahui. Anugerah ini disambung semula pada tahun 1995. Sejak dari itu, The Chess Oscar  sangat di hormati oleh komuniti catur sedunia.


P/S : Masih mengharap player Malaysia dapat title GM 


2 comments:

  1. mgharap mesia dapat title ni bro. salam maal hijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengharap tu boleh, tp masih jauh lagi...yg penting title GM dulu..salam maal hijrah :)

      Delete