Saturday 21 July 2012


Hari ini hari Sabtu, menandakan bermulanya bulan ramadhan.
Bulan yang penuh barakah ini sepatutnya di manfaatkan oleh semua orang beragama islam bagi memperbanyakkan amalan ibadat dalam kehidupan seharian.

Pesanan ini tidak dilupakan kepada semua peminat catur di tanah air, dalam sibuk bercatur, jangan pula kita terlupa tanggungjawab kepada Allah sebagai hambanya. Tidak silap saya, bulan ramadhan ini saja ada 3 kejohanan catur ang bakal berlangsung iaitu 2 daripadanya anjuran Insofar Chess Academy dan lagi 1, " Battle Chess Selangorku" anjuran Cerdik Catur dan semuanya berlangsung di KL dan Selangor. Namun di kawasan utara, tiada tournament dilangsungkan pada bulan ramadhan ini.

Pesanan terakhir, SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERBUKA, SELAMAT BERTARAWIKH ! kepada semua umat islam dan khususnya pencatur di tanah air ini.....



No comments:

Post a Comment