Thursday 29 December 2016

Jawatankuasa PERCAK BaRu (2016-2018)

29/12/2016 - Tanjung Tualang, Baru-baru ini, Percak selesai mengadakan Majlis Anugerah Catur Kedah yang bertempat di UTC, Kedah.


UTC Kedah dari pandangan hadapan

Majlis Anugerah Catur Kedah beserta AGM Percak ini diadakan pada 9 Disember 2016 bersamaan hari Jumaat. Majlis Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat catur yang mengharumkan nama Kedah dalam sukan catur sepanjang tahun 2016.

Piala dan sijil kepada para penerima anugerah


Barisan kempimpinan Percak terdahulu

Para penerima Anugerah

Selepas majlis penganugerahan, agenda utama menyusul iaitu AGM bagi pemilihan pimpinan Percak sesi 2016/2018. Berikut merupakan barisan AJK baru Percak : 

Presiden              : Ustaz Jusoh B. Abdullah
Timb. Presiden   : Syed Iskandar
Naib Presiden     : Amri Ibni Hajar
Setiausaha           : Nazly Johardy
Bendahari           : Fariz Hashim

AJK                    : Yew Chor Hian
                           : Cikgu Azizan
                           : Cikgu Shahnaz
                           : Mohd Iyas
                           : Asyraf Akmal

Acara pencalonan AJK Percak

Sebahagian AJK Percak yang baru sesi 2016/2018


Selesai sudah AGM Percak kali ini. Kita berharap dengan barisan kempimpinan baru ini dapat mengangkat lagi martabat catur Kedah di Malaysia. Insyaallah. :)

Sunday 18 December 2016

Tahniaah Datuk !!!

 YB Datuk Zahidi Zainul Abidin (sumber:google)

18/12/2016 - Tanjung Tualang, sejarah telah tercipta bagi penggiat catur utara tanahair apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin(Parlimen Padang Besar) telah dilantik menjadi Presiden MCF yang terbaru setelah beliau menewaskan Datuk Mohd Nazifuddin Najib dengan kiraan undian 32-23.

Selain jawatan beliau sebagai ahli parlimen, beliau juga menyandang jawatan pengarah RISDA. Pelantikan beliau di umumkan dalam satu majlis AGM yang berlangsung di Dewan Mokhtar Dahari di Hotel Olimpik, Kuala Lumpur.

Hotel Olimpik, Kuala Lumpur (sumber : google)

Berikut merupakan senarai penuh AJK MCF bagi sesi 2016-2018 :

Presiden            : Datul Zahidi Zainul Abidin
Timb. Presiden : Tenku Ahmad Badli Shah Raja Hussin

Naib Presiden   : Dr Zaidan Zulkifli
                            IA Lim Tse Pin
                            Muammar Julkarnain

EXCO               : Nik Ahmad Farouqi
                            Muhammad Firdaus Ismail
                            Zuraiha Mohd Wazir
                            Yeap Joo Hock
                            Cheong Kok Love

Saya(paklong), Syed, Amri dan juga Nazly wakil utara turut menghadiri AGM MCF kali ini.
Setiap wakil delegasi yang telah mendaftar di meja pendaftaran, di beri 2 salinan booklet iaitu Mesyuarat Agung 2016, dan Constitution MCF.


Booklet  tebal untuk dibaca 😄

Apa2 pun, kami mengharapkan dengan barisan kepimpinan ini dapat membawa sinar gemilang bagi dunia catur negara kita. Sekurang-kurangnya, impian agung kita untuk mempunyai GM yang pertama, tercapai kelak. 😊