Wednesday 16 March 2016

Tahniah Kepada Amri dan Syed !!!

16/3/2016 - Gopeng, Sekalung tahniah kepada Presiden Percak kita, Amri Ibni Hajar dan Timb Presiden Percak, Syed Iskandar Shah Syed Hussin kerana secara rasmi di anugerahkan FIDE Instructor.

Ini sekaligus Kedah mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya melahirkan FIDE Intructor sendiri yang di iktiraf oleh Badan Persekutuan Catur Dunia(FIDE). 


Kejayaan mereka bukan datang bergolek kerana perlu mengikuti Seminar FIDE Trainer's dan perlu lulus ujian yang diadakan di Kuala Lumpur pada 15 - 17 September 2015 lalu. 



FI Amri

FI Syed 



Bagi yang tertanya-tanya apa itu skop kepentingan FIDE Instructor : 

        1. Mengajar pelatih catur tentang teori permainan ketika 'middlegame' dan 'endgame'. Mereka ini juga
            berupaya mengajar mencari idea-idea baru tentang 'opening'. 

        2. Meningkatkan taraf pemainan pemain remaja ke taraf 'International level'. 

* Yang lebih penting, bagi pihak ibu bapa yang ingin mencari intructor untuk catur, di sarankan mencari instructor yang di iktiraf dan diberi lesen FIDE. 

Untuk lebih info, sila rujuk -----> Regulations for The Title of Trainers