Sunday 24 February 2013

Grandmaster Termuda Di Dunia

Alor Star- Dalam dunia catur pada masa kini, mana-mana tournament catur peringkat antarabangsa(FIDE event) peminat pasti akan memberi tumpuan terhadap kemunculan bakat-bakat muda yang sedang meningkat naik.

Di Malaysia tentunya yang paling mencuri tumpuan adalah Yeoh Li Tian. Dalam usia begitu muda, beliau telah mewakili Malaysia ke kejohanan Olympiad 2012 baru-baru ini dan menunjukkan performance yang baik. Tetapi itu tidak cukup selagi kita masih belum mampu lahirkan seorang Grandmaster itu sendiri.

Di negara luar sahaja, begitu ramai Grandmaster berjaya dilahirkan dan ada diantaranya seawal umur 12 tahun lagi iaitu GM Sergey Karjakin dari Russia.


Berikut adalah senarai individu yang berjaya menjadi Grandmaster sebelum umur mereka mencapai 15 tahun:



Ternyata apabila individu yang berjaya dianugerahkan Grandmaster di awal usia muda selalunya akan menguasai kejohanan utama dunia seperti dilakukan GM Magnus Carlsen apabila beliau baru memenangi Tata Steel 2013. Berikut beberapa kisah GM muda yang sempat saya muatkan. 

  • Sergey Karjakin dilahirkan pada 12 Jan 1990 di Ukraine dan telah menukar kewarganegaraannya kepada negara Rusia pada 25 Julai 2009. Beliau di anugerahkan IM pada umur 11 tahun 11 bulan. Kejayaan terbesar beliau ketika memenangi Kejohanan Catur Rapid Dunia 2012.
  • Pada tahun 1997, Etienne Bacrot menjadi Grandmaster termuda di dunia pada usia 14 tahun, 2 bulan. Beliau mula bermain catur pada umur 4 tahun. Beliau memenangi Kejohanan Junior Perancis ketika beliau berumur 10 tahun. Bacrot menjadi FM termuda pada usia 10 tahun.
  • Magnus Carlsen (lahir pada tahun 1990) Norway belajar catur pada usia 8 tahun. Beliau menjadi IM pada usia 13 tahun. Pada tahun 2004, beliau menjadi Grandmaster kedua termuda dalam sejarah catur (13 tahun, 3 bulan), di belakang Sergey Karjakin. Pada tahun 2005, beliau menjadi pemain termuda yang layak Chess World Cup 2005.
  • Pemain China Bu Xiangzhi, lahir pada tahun 1985, menjadi Grandmaster termuda di dunia (umur 13 tahun, 10 bulan, 13 hari) pada tahun 1999. Beliau juga merupakan Juara Dunia-Under 14.
  • Pada tahun 1994, Peter Leko menjadi Grandmaster termuda di dunia pada usia 14 tahun dan 4 bulan. Beliau dianugerahkan gelaran IM pada usia 12 tahun. Pada tahun 1996, beliau adalah menjadi Juara Dunia Bawah-16. Beliau kini menduduki tempat nombor 15 di dunia.
  • Ruslan Ponomariov menjadi Grandmaster pada usia 14 tahun, 14 hari. Pada usia 10 tahun, beliau menjadi Juara Dunia Bawah-12. Pada usia 12 tahun, beliau memenangi Kejohanan Bawah-18 Eropah. Beliau kini menduduki tempat nombor 21 terbaik dunia.
  • Pada tahun 2001, Teimour Radjabov, menjadi Grandmaster termuda pada usia 14 tahun dan 14 hari di dunia. Beliau dilahirkan di Baku, iaitu bandar yang sama Gary Kasparov dilahirkan. Pada usia 12 tahun, beliau menjadi juara dunia catur juara bawah 18. Pada usia 15, beliau telah disenaraikan sebagai salah satu pemain catur 100 di dunia. Pada tahun 2004, beliau menduduki tempat ke-3 di Kejohanan Dunia FIDE di Tripoli. Beliau juga belajar permainan pada umur 4 tahun. Sekarang beliau merupakan pemain ke 4 terbaik dunia.


    P/S : Terfikir sejenak dimana kita ketika umur 12, 13 atau 15 tahun takhtala mereka ini sudahpun berada di pucak dunia dalam arena catur :) 

Saturday 16 February 2013

Kejuaraan Perjumpaan Jaguh-Jaguh Utara Masih Kekal !!!

17/2/2013- Tebengau, Alor Star telah berlangsungnya satu kejohanan tahunan anjuran PACU yang diadakan di Restoren Tok Nadok. Kejohanan ini dinamakan perjumpaan Jaguh-Jaguh Utara dan tahun ini sudah masuk edisi kali ke-3.

Kejohanan ini unik kerana ia berkonsep santai dengan sengaja di adakan pada waktu malam dan di adakan atas meja yang rendah bagi para peserta bersila. Lebih unik, pada edisi kali ini,atas permintaan ramai pihak PACU buat 2 tournament dalam 1 malam iaitu 10 min time control(6 round) dan 3 min time control(8 round). Sini juga ada karaoke untuk para peserta yang datang. Malam tadi kami sempat di hiburkan oleh Cikgu Rosly Yaacob dengan beliau menyampaikan 2 buah lagu.

Berikut adalah keputusan dan gambar-gambar pemenang bagi tournament 10 min time control(6 round) :

Place
Name
Rtg
Score
M-Buch.
Buch.
1
Ooi Li Tao
1847
5
12.0
18.5
2
Amri Ibni Hajar
1740
4.5
12.5
18.5
3
Yew Chor Hian
1615
3.5
13.5
20.5
4
Yasir Roslan
1487
3.5
13.5
19.5
5
Syed Iskandar
1595
3
13.0
20.0
6
Rosly Yaacob
1547
3
9.5
14.0
7
Syafiq Azizi
1395
2.5
12.0
17.5
8
Nazlan Rahim
1521
2
11.5
17.5
9
Muhd Asyraf Akmal
1460
2
10.5
16.5
10
Nasaruppin
1498
1
11.0
17.5
No 1 # Ooi Li Tao

No 2 # Amri Ibni Hajar

No 3 # Yew Chor Hian

No 4 # Yasir Roslan

No 6 # Rosly Yaacob

No 7 # Syafiq Azizi

No 8 # Nazlan Rahim

No 9 # Muhd Asyraf Akmal

No 10 # Nasaruppin
Berikut adalah keputusan dan gambar bagi tournament 3 min time control (8 round) : 

Place
Name
Score
M-Buch.
Buch.
Progr.
1
Syed Iskandar
7
21.5
29.0
34.0
2
Ooi Li Tao
6.5
23.5
32.0
27.0
3
Yew Chor Hian
5.5
22.0
30.5
23.5
4
Syafiq Azizi
5
22.0
30.5
17.5
5
Amri Ibni Hajar
4.5
25.5
34.5
20.5
6
Yasir Roslan
4
25.5
34.0
23.0
7
Asyraf Akmal
3
25.5
34.0
15.0
8
Nazlan Rahim
2.5
23.5
32.0
11.5
9
Nasaruppin
2
25.5
34.5
8.0

No 1 # Syed Iskandar

No 2 # Ooi Li Tao
No 3 # Yew Chor Hian

Dengan ini berakhir sudah Perjumpaan Jaguh-Jaguh Utara 2013 pada kali ini, harap dapat berjumpa lagi pada edisi yang akan datang. Sekalung-kalung tahniaah kepada Ooi Li Tao kerana berjaya mengekalkan kejuaraan beliau menangi pada edisi lepas.Tahniaah juga kepada Syed Iskandar kerana berjaya memenangi kategori 3 min time kontrol dengan mengekalkan rekod tanpa kalah. Tidak lupa kepada Amri, Cikgu Rosli, Nasaruppin dan Nazlan yang sanggup datang jauh dari Lubuk Buntar semata-mata ingin turut menjayakan Perjumpaan Jaguh-Jaguh Utara 2013 pada kali ini. Lain-lain gambar : 

Persiapan sebelum bermula

Pertarungan pun bermula

Berehat selepas 3 round

Blitz 3 minute


Jumpa lagi pada edisi masa akan datang !!!


Sunday 10 February 2013

Mini-Tournament PACU 2013

11/2/2013 - Alor Star, PACU bakal mengadakan acara tahunannya seperti tahun lepas iaitu 'gathering' pemain catur Kedah sempena Chinese New Year 2013. Tahun lepas telah diadakan di KFC Alor Star.

Tetapi pada tahun ini PACU mendapat idea untuk menganjurkan kejohanan catur dengan konsep yang lebih santai di mana lokasi restoren itu terletak di sebelah tasik dan di kelilingi sawah padi dengan suasana angin yg cukup nyaman.

PACU telah buka penyertaan ini kepada 16 orang (max) peserta jemputan dan jika ada kekosangan tempat, penyertaan akan dibuka kepada orang ramai. Butirannya seperti berikut :



TEMPAT
HADIAH
Johan
Board Chess  + Wang Tunai
Naib Johan
Board Chess + Wang Tunai
Ke 3
Board Chess + Wang Tunai
Ke 4
Chess Score Book
Ke 5
Chess Score Book
Ke 6
Chess Score Book
Ke 7
Chess Score Book
Ke 8
Chess Score Book
Ke 9
Chess Score Book
Ke 10
Chess Score Book

Berikut kami sertakan beberapa keping gambar yang sempat kami ambil semasa lawatan ke restoren ini lewat malam tadi.

Pintu masuk

Kolam Tasik ( Gambar kurang jelas)

Laman utama restoren 

Laman makan bertema pondok(bersila)



Meja tournament berkonsep santai sambil bersila
Chess Board lipat empat untuk Top 3

Di harap dengan penganjuran kali ini dapat mengeratkan silaturrahim antara sama kita terutamanya pemain catur sekitar utara. Dengan ini saya Muhammad Asyraf Akmal dan Syed Iskandar Shah mewakili PACU mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa cina.




P/S : Jumpa di Restoran Tok Nadok nanti. Kali ini kita kenakan sedikit yuran bagi mengelakkan para pemain terlampau santai ketika bermain nanti...hahah