Saturday 21 July 2012

Master Of Endgame !!!

Baru-baru ini, GM Ivan Sokolov baru memenangi kejohanan catur terbesar di US - World Open. Tetapi beliau bersaing hebat untuk merebut tempat pertama dgn GM Shabalov, tetapi menang menerusi penentuan tie-break.Hari ini, saya bincangkan endgame antara Sokolov dan Lenderman. Kelihatan pada awalnya, posisi ini seri, tapi Sokolov bermain untuk menang. Kita tgk, bagaimana grandmaster ini selesaikannya.



Pada mulanya kelihatan ini adalah posisi seri. Namun kelihatan putih mempunyai sedikit kelebihan berbanding hitam. Malangnya Lederman tidak menyedari bahawa Sokolov bermain game ini untuk menang.



Ia seolah-olah bahawa hitam mempunyai peluang yang baik untuk mengawal permainan dengan corak bertahan. Jika anda mendapati putih mempunyai plan langkah lebih baik pada move ke-44 yang bermula dengan 44 ... NE8!?, fikirkan dulu kerana minggu depan kita akan lihat kedudukan terakhir dan selesaikan dengan endgame ini menarik.

Hari ini hari Sabtu, menandakan bermulanya bulan ramadhan.
Bulan yang penuh barakah ini sepatutnya di manfaatkan oleh semua orang beragama islam bagi memperbanyakkan amalan ibadat dalam kehidupan seharian.

Pesanan ini tidak dilupakan kepada semua peminat catur di tanah air, dalam sibuk bercatur, jangan pula kita terlupa tanggungjawab kepada Allah sebagai hambanya. Tidak silap saya, bulan ramadhan ini saja ada 3 kejohanan catur ang bakal berlangsung iaitu 2 daripadanya anjuran Insofar Chess Academy dan lagi 1, " Battle Chess Selangorku" anjuran Cerdik Catur dan semuanya berlangsung di KL dan Selangor. Namun di kawasan utara, tiada tournament dilangsungkan pada bulan ramadhan ini.

Pesanan terakhir, SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERBUKA, SELAMAT BERTARAWIKH ! kepada semua umat islam dan khususnya pencatur di tanah air ini.....